Friday, 24 May 2013

TO DO LIST : KE MATRIK UOLSS :)


Hai readers ! 

Sorry ,buat masa nih sibuk sangat nak update blog picisan nih , mana nak setelkan matrik stuff yang tak berkesudahan nih dan juga join Festival Belia Putrajaya 2013 sepanjang 23-26 Mei .. tapi Uchun rasa nak update jugak malam nih dengan sikit info buat bakal pelajar matriks sekalian yang sama macam Uchun !

Apa yang Uchun nak terangkan di sini berdasarkan komen-komen senior kat group matrik dan juga bacaan dari senior di blog memasing .. So kalau tersalah tu 10 jari kiut kite minta ampun okay ..Maaf sekali lagi sebab tiada gambar disediakan kali ini . sebab dah kemas barang-barang tu semua dalam beg & tak koser aku nak geledah balik.. Penat tau :p

Yang pertama adalah basic untuk katil anda..Yer,tempat beradu anda setelah puas belajar dari pukul 8-4 petang..Bagi Uchun , katil adalah penting , boleh ke korang tidur dengan ala kadar je katil tu..  Penting untuk memiliki :

-Cadar  (bawa lebih kalau nak basuh tu ada gantinya )

-Selimut 
-Sarung bantal  (2 set) kalau korang bawa bantal dari rumah.. bila peluk dan bau bantal tu boleh la hilang homesick !

Study table amat penting okay . berdasarkan pemerhatian *cewah* boleh tahan besar jugak lah meja belajar nih.. hehe itulah tempat verangan , study , buat assignment , makan .. see ? banyak oo aktiviti boleh buat disitu .. so pastikan meja anda kemas dan cantik.. bersemangat sikit bila nak belajar tu ..

-Rak buku kecil 
-Fail untuk simpan dokumen penting
-Kotak pensil lengkap dengan segala maknenek barangan ( Gunting ,gam,klip kertas,puncher, pembaris ,highlighter,stapler,ring ) 
-Bekas pencil ( untuk kegunaan dalam bilik ) atleast tak la buang masa geledah pencil box
-Tong sampah perlu jugak berada di sisi meja belajar.. senang nak tauk sampah kan?

Yang penting sekali tika bergelar pelajar ialah cork board or soft board ? whatever..sebab disitulah korang akan lekat segala jadual kuliah , exam , to do list ..memandangkan Uchun nih nyanyuk sikit , so dengan benda nih kuranglah sikit bebanan otak den nak belajor sains nanti lagipun Uchun suka gila doe bab-bab DIY nih .. sila baca entri lelepas nak tau kegilaan yang paling gila uchun suka :p

-Kertas pembalut hadiah (balut softboard nanti )
-Pin untuk cucuk kertas di softboard (mende tah lupa nama)
-Sticky notes berona meriah sangat perlu
-Apa je yang rase perlu untuk mencantikkan board tu dari nampak HAMBAR !

Laundry bab penting uolss.. boleh pilih nak basuh tangan ke mesin ? dunia dah moden boleh pakai mesinbasuh tapi spare duit ye.. pakai tangan untung boleh exercise di samping tak merosakan baju uolss yang mahal tu.. Untuk laundry uchun sediakan :

-Baldi sederhana besar .. gedabak size buat berat je
-Berus 
-Detergent  (nak senang beli yang jenis cecair tapi Uchun terbeli yang serbuk..Opss )
-Hanger & penyepit baju 
-Bakul isi baju kering (Uchun beli yang jenis kain kat Mr.DIY )

Punyalah rancak kalut setel yang lain , baju uols jangan lupa ye .. hehe untuk lelaki uols kena pakai kemeja masa kuliah , amali , tutoran n' so on .. aktiviti lasak boleh lah pakai tracksuit dengan t-shirt kolej !

-Seluar slack berona gelap (hitam , koko , biru TUAA)
-Kemeja lengan panjang (7 helai cukup untuk 7 hari )
-Tie (nampak macho bila pakai ) HAHAHA k
-Kasut kulit berona gelap (seeloknya hitam uols)
-Tali pinggang rona gelap ( Hitam)

Untuk para wanita  pulak , uols nampak cantik bila pergi kuliah dengan tatarias yang simple tapi ingat berpurdah dan berniqab tak boleh rasanya sebab dalam peraturan tu ada sebut . sila baca ye!

- Baju kurung ( peplum bole tak ? aku TURN ON orang pakai peplum nih :O )
-Shawl , bawal ( boleh je pakai fesyen apa asalkan jangan over ya )
-Kasut bertutup berona hitam , bertumit yang kurang 1 inci okay !
-Brooch rerama , kumbang or apa-apa je 
-Stokin (kan manis kalau berstokin? )

P/s - Bersambung esok , masih banyak tapi mata Uchun tak mengizinkan .. To be continue esok yeee ! 

Thanks reading :) xoxo

No comments:

Post a Comment