Friday, 18 April 2014

Masscomm UiTM / MC110 / MC111

(I WILL UPDATE SOON ABOUT MC111 AND MASSCOMM REMBAU)


Boleh dikatakan ramai yang masih tak tahu apa itu Masscomm . Yelah , bila orang tanya aku ni ambil course apa , aku jawab lah " Masscomm jer " . Tau apa reaksi orang yang tanya tu ? 


" Apadia tu masscomm ? "


" teruk sangat ke masscomm sampai tak ramai yang tahu ? " 


For your information , tak kiralah yang dah tahu ke atau yang taknak ambil tahu . Masscom ialah singkatan for Mass communication atau nama panjangnya Mass communication and media studies . Dalam BM pula ia dipanggil Komunikasi dan Pengajian Media .  

Course ini satu-satunya ada di Kampus yang paling panazz di Malaysia , tak lain tak bukan UiTM Lendu lah ! Buat masa sekarang , Diploma Komunikasi dan Media hanya ditawarkan di UiTM Lendu. Tapi akhir 2016 nanti InshaAllah UiTM Rembau akan menawarkan jugak course ini . Jumpa di Rembau ya. 

Skop pembelajaran bebudak masscomm ini luas ya adik-adik , kami belajar mengenal sejarah asal usul semua bentuk media , samada cetak atau elektronik ataupun tv , majalah , radio etc . Disamping belajar juga ilmu agama semua tu . pendidikan islam wajib sampai ke universiti tau . Tak meskom lah kalau tak belajar mengenai how to communicate with ppl dalam " Public Speaking " Haihh so lot to tell you . come and experieced it before u said bad things bout masscomm .

Doin diploma in Masscomm akan ambil masa 2 1/2 tahun ( 5 Semester ) , before this adalah selama 6 semester. Thank god they cut it short so tak perlu sangat ambil masa lama.

Oh ya, mulai intake 2013 (NOV), Fakulti Mascomm menawarkan kos baru iaitu MC111, sorry idk the full course name but its about new media and content.  Agak berbeza dari MC110 because their learning process selalunya dekat computer lab.

Okay so tu jelah rasanya info yang patut korang tahu, the rest korang boleh experience sendiri okay! 




Wednesday, 19 March 2014

Study week !

Hola readers !

Sekarang dah masuk minggu-minggu terakhir semester 1 . Minggu kuliah dah pun habis and this week dah start " study week " . Kejap je masa berlalu dah nak habis satu sem dekat UiTM Lendu nih . 

Setakat nih , aku banyak habiskan masa study week nih dengan hibernate + makan ! Hahaha . Tak memberangsang langsung study week aku . So untuk atasi masalah nih , I'm goin back to Lendu on Thurs . Duk rumah makan jo kojo ea bila nya nak study . So kepada semua bebudak UiTM dihatiku , selamat mengulangkaji , gunakan masa yang terluang dengan sebaiknya ! Haa gituhhh 



Monday, 17 March 2014

MDS UiTM LENDU !

Hai semua J

I’m back ! Rasa dah almost  3 bulan tak menaip entri . Too busy plus no internet connection dekat kolej . Yelah , nak subcribe wifi masih belum mampu dong .

Well , I’m here nak cerita sikit pasal perjalanan MDS masa awal-awal jejak kaki dekat UiTM Lendu . Tak salah cerita pengalaman lalu , memandangkan nanti ada jugak adik-adik lepas spm yang google pasal MDS . Dapat jugak dorang dapat info sebelum ke sana nanti J

Sumpah Uchun berani cakap , MDS sangat menyeksakan . Gosh , even sekarang nak ingat balik pengalaman semasa MDS tu pun perit .  Tapi kalau difikirkan balik , MDS lah yang banyak mengajar hal ehwal universiti tu nanti . Ada baiknya walaupun buruknya terlalu banyak ! Hahaha

Sepanjang seminggu MDS tu berlangsung , seawal 4-5 pagi dah kena bangun . Dinasihatkan bangun lebih awal , supaya taklah jadi kejadian berebut bilik air . I HATE IT ! Korang akan mandi ala kadar je dalam seminggu MDS berlangsung . Dalam 5.30 pagi korang dah kena berkumpul dekat bawah untuk bergerak ke masjid , solat Subuh berjemaah . Sudah pasti  ada yang tersengguk-sengguk masa solat subuh nanti .

Habis je solat Subuh , akan ada kuliah Subuh sebentar . Then ramai-ramai akan bergerak ke DTS ( Dewan Taming Sari ) , bapak jauh dari Masjid . Dengan jalan berliku berbukit berbatu . Jadi , dinasihatkan pakai kasut yang selesa dan ringan . No heels plis ! Girls mostly akan pakai sport shoes sebab banyak kes mintak plaster sebab melecet .  Then sarapan pagi ! Curlas chuols , sarapan nasi goreng over-masin dengan telur rebus tak kupas . Kemain suruh makan dengan cepat , suruh telan kulit-kulit sekali mungkin  . LOL

Lepas breakfast , majlis pun bermula . Taklimat demi taklimat sampai lah tengahari . Sepanjang MDS berlangsung , korang akan makan free . So tak perlu susah-susah fikir pasal duit . Lagipun mana ada kafe yang bukak . Kalau lapar memalam tu bawalah roti ke biskut untuk alas perut . Tapi makanan MDS ni kejap ada yang sedap kejap ada yang nan hado . Makanan yang sedap selalunya semasa lunch . Time ni lah korang kena beratur depan-depan sekali . HAHAHA

MDS akan berakhir selepas solat Isyak dan kuliah . Lepastu dengan muka letih bolehla balik ke kolej . TAPI jangan fikir boleh terus tidur ! ROLLCALL akan diadakan di kolej kediaman memasing . Membebel je kerja dorang pasal rokok pasal orang bengong lembab bangun pagi sampai pukul 2 pagi .  Bayangkan esok pulak kena bangun pukul 4 – 5 pagi nok ! Tidur dalam 2 – 3 jam je !

Begitulah seminggu tu akan berulang dan berulang ! Banyak bersabar , homesick memang menebal masa MDS ! Spare top-up banyak-banyak dan tisu J Sorry no pictures dalam entri ini . Thats all from me ! bye




Friday, 29 November 2013

Salam sayang dari UiTM Lendu ;p

Hello guys !

Minggu ni dah masuk minggu kedua Uchun menjadi mahasiswa UiTM Alor Gajah , Melaka . Kalau nak diluahkan segala cerita dan memori memang panjang berjela lah entri kali nih . Tapi nanti uchun akan ceritakan serba sikit pasal MDS dan campus life di blog ya :)

but Zeriously , rindu bakhang kat blog . Rasa lama tinggalkan blog ni tak berupdate . Lagipun dekat sana kemudahan wifi masih belum ada di kolej . Masih dalam perancangan katanyahhhh ! duhh student takleh hidup tanpa wifi . Note that ! hihi

Lepas je habes MDS , terus serbu bando melakao untuk outing dengan kengkawan baru ! Guess what ???? melaka is a shopping heaven ! Goshhhhh habes lah duit ptptn camni :p Lagipun public trans dekat melakao mmg terbaik lah . Mudah jer kalau korang nak gi mana-mana . but serius talk orang kat melaka ni kuranghajo sikit . terutamanya kat kaunter-kaunter tetttt . orang tanya soalan elok-elok then boleh jawab dengan biadap . sorry to say , Tu jer yang uchun tak suka pasal melaka selain makanan nya yang mahal :p

bye ! Thanks reading :)

Monday, 28 October 2013

Tips | Pengurusan masa yang TERBAIK

Assalamualaikum guys ! 

Manusia sering merungut sebab masa . Ada yang merasakan 24 jam tu masih belum cukup untuk dirinya . Rutin harian yang banyak serta padat menyebabkan kadangkala seseorang tu kurang bergaul dan bersosial dengan orang lain . Haishh parah kan penangan masa nih  ?

Sebenarnya , aktiviti harian agak menjadi mudah sekiranya korang bijak mengatur serta menyusun jadual . Walaupun bunyi agak tipikal , namun itulah hakikatnya . Penggunaan jadual dapat merancang aktiviti harian korang. Hanya perlu senaraikan aktiviti yang kita hendak lakukan pada masa dan waktu tertentu dengan spesifik .So ia semestinya dapat merancang penggunaan masa korang dengan lebih efisien .

Hargai masa yang korang ada dengan mengelakkan daripada menangguh kerja . Lakukan kerja yang dirancang semasa kelapangan waktu . Lebih baik guna masa tersebut dengan kegiatan bermanfaat daripada habiskan masa tersebut dengan perkara sia-sia seperti facebooking . Ye dak ? HAHA *deep*

Satu lagi pengurusan masa yang baik ialah dengan mencuri masa . Haaa cemana tu ? Thats mean korang buat dua aktiviti dalam satu masa . Contohnya mak suruh pegi kedai beli bawang , sambil-sambil korang berlenggang ke kedai tu korang bolehlah baca nota Sejarah . Gitew pun boleh . Sangat digalakkan daripada korang terperuk dalam bilik kononnya nak baca nota sejarah , tapi last sekali korang jugak stress takpasal-pasal . Tamau-tamau gitu ! 

 Err , motip gambar bawang ? HAHA

Thanks reading ! Zzzz

Kelebihan 'stim' wajah

Hallu , segmen kecantikkan kembali lagi :) HAHAHA

Stim muka ataupun pengewapan wajah merupakan sebahagian daripada rutin penjagaan wajah yang sangat mudah untuk dilalukan di rumah . So tak perlu lah mengeluarkan duit lebih untuk tampak kulit sihat dan berseri . Ye dak ?


Pic : Google 

BAHAN : Semangkuk air panas & tuala kecil

LANGKAH : 

1. Wapkan muka anda dengan semangkuk air panas tersebut . Letakkan tuala di keliling wajah untuk menghalang wap panas daripada bebas ke udara . Wapkan selama 2-3 minit .

2. Sapukan mask di wajah dan tunggu sehingga kering kemudian bilas menggunakan air sejuk . Bilasan menggunakan air sejuk untuk menutup riang pori yang terbuka semasa proses pengewapan wajah tadi .

3 . Pakai toner atau serum di akhir proses :)


Kebaikan stim / pengewapan wajah 
- membantu membuka liang pori untuk membersihkan wajah sehingga ke dalam pori
- membantu mematangkan jerawat dan mampu mengeluarkan kotoran yang terperangkap di dalam pori

P/s - Hasil penggunaan facial steamer yang dijual di pasaran mungkin berbeza . Hiks

Thanks reading :) x