Monday 22 April 2013

Anak bapak !

Hi readers !

 " A father is neither an anchor to hold us back , nor a sail to take us there . But a guiding light whose love shows us the way "

Sejak lahir hinggalah dah besar panjang mesti korang hanya terbayangkan penat lelah si ibu membesarkan korang kan ? Sebab pengorbanan seorang ibu amatlah besar dari mengandungkan selama 9 bulan , mengalami pelbagai jenis alahan semasa mengandung , selepas korang dilahirkan pulak segala tumpuan ibu diberikan kepada anaknya untuk memastikan si anak kesayangan mendapat penjagaan yang baik serta sempurna . Namun disebalik kisah pengorbanan ibu kamu tuh , tercoret juga pengorbanan si bapa yang kamu kurang ambil kisah .. 

Sebenarnya , pengorbanan antara si ibu dan bapa adalah seimbang jika korang fikir sedalam-dalamnya..  Hadirnya si anak sebagai pembawa rezeki hanya wujud setelah si ibu dan bapa disatukan dalam satu ikatan yang halal ( kalau secara tak halal tuh i no comment kay :p ). Jikalau tak disatukan maka takdelah wujud si pembaca nih ! kan ? :3  Ditambah pula , apabila si ibu mengalami alahan semasa mengandung , si bapa jugaklah yang melayan karenah tuh.. dengan pelbagai permintaan pelik-pelik si ibu yang bakal melahirkan korang ! 



Apabila sudah sampai saat kelahiran kamu , bukan sahaja si ibu yang berjuang untuk melahirkan korang ke alam fana ini , si bapa jugak gelisah menunggu berita kelahiran kamu diluar sana.. Takkala korang kian membesar , sudah pasti keperluan kamu mesti dipenuhi oleh si bapa merangkap ketua rumah.Segala keringat yang dikeluarkan  hanya untuk menjadikan kamu insan yang sempurna kelak. My mummy pernah cakap , Uchun dulu minum susu kuat sampai ayah Uchun kena cari kerja part-time :p (sejarah dari kecik kuat makan! )

Semasa di alam persekolahan pulak , kalau hari ayah cuti ,dia selalu hantarkan dan belikan bekal untuk Uchun makan semasa rehat nanti.. Idk kenapa ayah berbuat demikian tapi mungkin disebabkan Uchun bergelar anak bongsu , memang patut dimanjakan kot .. maybe :p Kawan -kawan yang lain pun pandang semacam jek , eh jeles lettew ! tapi mujurlah Uchun tak terlalu bergantung dengan orang , kadangkala kita perlu diajar untuk berdikari agar tak menyusahkan orang . Ye dak ? *cehhh

Lain pulak cerita semasa di sekolah menengah , Uchun pasti mesti semua orang tak mahu dibayangi oleh parents masing-masing  di sekolah ..  Tak remajalahh kalau asyik berkepit dengan parents di sekolah ! Haha tapi tak sebenarnya , di hari tertentu contohnya Hari Anugerah Cemerlang ke , pendaftaran semula persekolahan ke , dan lagi lagi hari Konsultasi waris .. Masing-masing akan datang dengan parents atau terpaksa balik lambat sebab parents tak datang sign rekod pencapaian .. Huhu selalu nya dalam bab-bab persekolahan , ayah Uchun yang selalu handle.. Kalau ayah kerja , mummy yang akan takeover tugas nih ..

Si bapa diluar sana mesti mempunyai sikap dan tabiat sendiri , begitulah ayah Uchun .. Dia sangatlah peramah dan mesra dengan orang . Pelik juga kekadang orang yang dia sendiri tak kenal boleh diajak berbual macam 10 tahun kenal :3  Hebat kan ? Satu lagi , my ayah suka buat lawak dan sadisnya Uchun seorang yang serius dan tak suka lawak --' lagi lagi lawak ngokngek! My ayah boleh buat lawak sampai Uchun merajuk , menangis and even try nak lari dari rumah :p haha .. Ampunn 

Akhir kata , si bapa juga ada pengorbanan yang besar untuk seorang yang bergelar anaknya . Kita harus sedari hakikat ini dan perlulah terima segala kekurangannya dengan redhoo serta mendoakan untuk kebaikannya . Tanpa dia siapalah kita di dunia yang penuh pancaroba ini :') 
                   
"Selamat Hari Bapa kepada seluruh bapa di dunia ini , terutamanya Encik Ismail Bin Othman "