Monday 28 October 2013

Tips | Pengurusan masa yang TERBAIK

Assalamualaikum guys ! 

Manusia sering merungut sebab masa . Ada yang merasakan 24 jam tu masih belum cukup untuk dirinya . Rutin harian yang banyak serta padat menyebabkan kadangkala seseorang tu kurang bergaul dan bersosial dengan orang lain . Haishh parah kan penangan masa nih  ?

Sebenarnya , aktiviti harian agak menjadi mudah sekiranya korang bijak mengatur serta menyusun jadual . Walaupun bunyi agak tipikal , namun itulah hakikatnya . Penggunaan jadual dapat merancang aktiviti harian korang. Hanya perlu senaraikan aktiviti yang kita hendak lakukan pada masa dan waktu tertentu dengan spesifik .So ia semestinya dapat merancang penggunaan masa korang dengan lebih efisien .

Hargai masa yang korang ada dengan mengelakkan daripada menangguh kerja . Lakukan kerja yang dirancang semasa kelapangan waktu . Lebih baik guna masa tersebut dengan kegiatan bermanfaat daripada habiskan masa tersebut dengan perkara sia-sia seperti facebooking . Ye dak ? HAHA *deep*

Satu lagi pengurusan masa yang baik ialah dengan mencuri masa . Haaa cemana tu ? Thats mean korang buat dua aktiviti dalam satu masa . Contohnya mak suruh pegi kedai beli bawang , sambil-sambil korang berlenggang ke kedai tu korang bolehlah baca nota Sejarah . Gitew pun boleh . Sangat digalakkan daripada korang terperuk dalam bilik kononnya nak baca nota sejarah , tapi last sekali korang jugak stress takpasal-pasal . Tamau-tamau gitu ! 

 Err , motip gambar bawang ? HAHA

Thanks reading ! Zzzz

Kelebihan 'stim' wajah

Hallu , segmen kecantikkan kembali lagi :) HAHAHA

Stim muka ataupun pengewapan wajah merupakan sebahagian daripada rutin penjagaan wajah yang sangat mudah untuk dilalukan di rumah . So tak perlu lah mengeluarkan duit lebih untuk tampak kulit sihat dan berseri . Ye dak ?


Pic : Google 

BAHAN : Semangkuk air panas & tuala kecil

LANGKAH : 

1. Wapkan muka anda dengan semangkuk air panas tersebut . Letakkan tuala di keliling wajah untuk menghalang wap panas daripada bebas ke udara . Wapkan selama 2-3 minit .

2. Sapukan mask di wajah dan tunggu sehingga kering kemudian bilas menggunakan air sejuk . Bilasan menggunakan air sejuk untuk menutup riang pori yang terbuka semasa proses pengewapan wajah tadi .

3 . Pakai toner atau serum di akhir proses :)


Kebaikan stim / pengewapan wajah 
- membantu membuka liang pori untuk membersihkan wajah sehingga ke dalam pori
- membantu mematangkan jerawat dan mampu mengeluarkan kotoran yang terperangkap di dalam pori

P/s - Hasil penggunaan facial steamer yang dijual di pasaran mungkin berbeza . Hiks

Thanks reading :) x

Thursday 24 October 2013

TIPS | TEMUDUGA MASSCOMM MC110 (UiTM)

Assalamualaikum wbt, 

(edited on 01 May 2020, to revise some cringey content  haha)


21 September 2013 yang lepas, saya dapat tawaran untuk hadir temuduga untuk course pilihan, Diploma Komunikasi & Pengajian Media ataupun formerly known as Masscomm di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Seperti anda semua yang tengah membaca ni, of course I buat some research dan google-ing sikit info berkaitan course dan alhamdulilah banyak senior-senior ada juga metulis tips temuduga di blog dorang and its help me alot .

Oleh sebab itu, saya nak juga mencatat memori (lol) untuk tulis entry nih khas untuk panduan bakal-bakal student Masscomm. Saya harap tips ini sedikit sebanyak dapat memudahkan korang untuk lulus temuduga tu nanti. InsyaAllah!


  Buat latihan atau draf esei kalau korang extra macam saya haha.
 Kamus pun boleh dibawa semasa written test, tapi........



dresscode haruslah pakai formal. No jeans, tshirt etc.  

SEBELUM TEMUDUGA 

1.Buat research berkaitan info course. Jangan malas nak google. KEYWORD IS KOMUNIKASI & MEDIA. Bidang course ni luas, boleh melangkau dari setakat jadi host dan kerja tv sahaja (yang macam korang nak sangat jadi tu), boleh jadi setiausaha politik,communication analyst, creative director or even speechwriter kepada Perdana Menteri.

2.Pastikan semua dokumen yang diminta dibawa dan diletakan dalam fail kemas-kemas. Kalau ada hasil kerja kreatif (esei, skrip, hasil video editing & graphic) boleh dibawa juga. Kalau tiada, tak mengapa.

3.Pastikan ikut dresscode yang diberi. Mestilah berpakaian formal (no jeans, tshirt etc). Lelaki berpakaian kemeja, seluar slack, kasut kulit hitam. Perempuan pula berbaju kurung atau blouse dengan long skirt/long pants, kasut tinggi/bertutup.

4. Buat latihan mock interview. Sebab interview nanti akan fully in English (depend dengan rezeki awak dapat panel yang strict atau tidak). Jadi, berlatih lah speaking di rumah supaya tak kekok semasa interview. Jangan risau kalau anda tak fasih English, be a natural speaker, terabur grammar pun ok.

5. Penampilan mesti dijaga. Pastikan rambut kemas, pakai wangian dan juga makeup minimal. Pasal isu warna rambut, bergantung kepada panel juga, dia boleh terima atau tidak kalau calon datang dengan warna pelik-pelik.


SEMASA TEMUDUGA

Temuduga akan diadakan dua sesi iaitu:

Sesi 1 : Ujian Bertulis (short essay)
Sesi 2 : Temuduga bersama Panel (yang terdiri daripada pensyarah Masscomm)

Untuk Sesi 1, anda dikehendaki menulis esei lebih kurang 200 patah perkataan. Antara soalannya ialah "What do you know about Masscomm","Why you applied Masscomm" and "What contribution you can make for Masscomm". 

Berdasarkan research yang anda dah buat di rumah, sila luahkan balik dengan bentuk bertulis. Kalau nak mudah, buat draf dan hafal.

Contohnya:
What?? .... Masscomm are branch of art in communication and media studies. .... is revolve around us, through the publication of newspaper, broadcasting of television channel and social media.....
Why?? .. I wanted to pursue my dream to become notable television producer by producing beneficial television programme....
What?? ...I wanted to become influencer in making beneficial content for SEA region.... agituhlah


Untuk Sesi 2 pula , anda dikehendaki bersemuka dengan Panel. Boleh baca conversation dibawah untuk faham.


me : (knockk knockk masuk , greet panel temuduga dan salam. Please smile jangan tunjuk nervous

Panel : Give me your document nd you may sit . Please introduce yourself

me :  Hand in fail dan duduk . Then introduce macam biasa " My name is blabla , live in Kedah  , study at blablabla .... "

Panel : What do you know about Masscomm ? 

me : Masscomm is the study of .......

Panel : You study dekat Matrikulasi and now in form six right? Kenapa you nak choose this course.
Form six is better than diploma. (OMGGGG i was speechless nak kena menjawab)

me : First, I love this course *tetibe out of nowhere haha* 
Saya explain yang form six hanya temporary sementara tunggu panggilan diploma dan saya tak berminat untuk belajar Biology (ego)

Panel : Okay, but why you loves this course? (psyco lagi)

me : (long pause)..... I enjoyed do some reading and writing. I have a blog and my blog have been featured in the magazine (tunjuk copy magazine dalam file untuk yakinkan dia)
 Besides, I am also participate in school debate team and won second place in Kuala Muda/Yan. 

Panel: What language you use for your blog? 

me :  I wrote both English and Malay, but mostly in Malay because my English is moderate. 

Panel : But your English is good *sambil tengok my result SPM *

me : B+ is good ke? ( boleh pulak mempersoalkan dia hahaha, jangan tiru)

Panel : Yes, its good. You can learn and polish your skills in the future. 

 lepastu ada sorang lagi panel temuduga datang  dan dorang berbincang, angguk geleng yang buat saya nervous...

Panel : Okay, thank you for coming. Do you have any question?

me : No , but I would like to say , I may not good in English but I will improve my English in the future. 

Panel : Don't worry about your language abilities. My students back in Melaka have average English proficiency but they improve over time. Just make sure, you will never stop writing ya. 


Lepastu boleh bersurai, ambil balik file , salam panel , ucap terima kasih dan keluar.


P/s -  Saya akan sambung study in Masscomm this 16 November di Uitm Lendu!

 UPDATE: IM DONE DOIN DIPLOMA IN MASSCOMM  & DEGREE IN MASSCOMM (BROADCASTING) ALHAMDULILAH

Any queries related to this post boleh direct twt @uchunesmail


Tuesday 22 October 2013

BAKAL MASSCOMMERS !

Hello guys , Assalamualaikum :)

Aww , I'm the happy person on Earth . Semalam keputusan kemasukan ke Uitm bagi Program Diploma sesi 2/2013 dah diumumkan di online.uitm.edu.my . So bagi siapa yang apply dan belum semak keputusan boleh lah berbuat demikian dengan segera okay ..

Uchun ditawarkan untuk sambung belajar dalam Diploma Komunikasi dan Media / MC 110 ataupun nama femesnya masscom . Emm setakat nih yang uchun tau , bagi peringkat diploma , masscom hanya boleh didapati di Uitm Kampus Alor Gajah , Melaka or boleh dikenali sebagai Uitm Lendu . Bagi peringkat degree barulah ada di Uitm Shah Alam maybe. So dah sah-sahlah uchun kena study kat Lendu .. Aumm tak sabar pulak nak duduk kat Melaka :')

Pendaftaran kolej pada 17 Nov nanti , kejap je masa untuk prepare semua persiapan .Ugh , nak kena buat list barang dari awal lah camni .BTW uchun nak post entri semasa interview untuk course masscom . atleast bolehlah bantu junior di masa hadapan menghadapi interview tersebut .Ye dak ? Hehe

Apapun , terima kasih banyak-banyak for all my bestfriends , kengkawan di Twitter yang menyokong dan tak putus-putus wish goodluck dengan tahniah sejak Uchun ambil temuduga lagi . LOL , berkat doa dorang jugak Uchun dapat course idaman . Hee BTW , ada jugak kawan blogger yang pi interview masscom dapat jugak jadi Masscommers. Congrats to Maisarah Aisya ! Atleast jumpa jugak kawan blogger kat sana nanti .

P/s - Tak sempat nak printscreen tawaran . LOL / Nantikan entri interview masscom gaizzz !

Thanks reading :) x 

Thursday 3 October 2013

TIPS SEMASA PEPERIKSAAN

Hallu viewers !

Dah lama tak update blog , lately busy busy busy ya amat .. Banyak sangat homework / assignment yang kena siapkan sampai nak mengadap blog pun tak sempat .. Tapi iols masih lagi ada masa nak meng-update twitter and insta sambil-sambil buat homework :p

Lagi satu , sorry sebab lambat nak post entri nih , exceli nak jugak tujukan tips nih buat adik-adik yang menduduki PMR tapi dah dua hari dorang exam barulah iols sempat nak post nok , so anggap jelah entri nih untuk calon PMR dan SPM .  BTW tulis entri asyik masuk draf je keje , sebab penat + kering idea punya pasal .

Okay , jum kita baca apa yang patut calon peperiksaan perlu bertindak semasa peperiksaan  :)

TIDUR AWAL 

- Tips yang paling senang dan confirm disukai ramai . Ramai yang sering habiskan masa pada malam sebelum peperiksaan dengan study last minit tanpa sedar yang dorang membuatkan badan dorang letih sebenarnya . Dah terlambat nak study time gini , tulah orang selalu pesan , buat persiapan awal-awal . Now korang hanya perlu tidur dan berdoa , zikir mengharapkan Allah akan permudahkan hari esok ..

TENAGA YANG CUKUP 

- FYI ada yang nervous nak exam sampai takda selera nak makan tapi korang tak sepatutnya biarkannya berlaku . Korang mesti tahu , nak pakai otak masa exam pun guna energy dik , so sebab tu lah sebelum exam korang kena makan / breakfast dulu . Makan pulak jangan lah dengan kuantiti yang banyak , karang mengantul dalam dewan peperiksaan pulok . Mencukupi sekadar roti , sepinggan nasi lemak ??

PERSIAPAN UNTUK EXAM 

- Simpton orang yang bakal exam mestilah pelupa , yelah punya banyak benda yang nak difikirkan . So make sure segala persiapan korang untuk exam esok dah disediakan awal-awal dan diletakkan siap-siap dalam beg , incase takut terlupa. Pastikan alat tulis dah lengkap , I/C , slip peperiksaan , baju dah iron . So taklah korang kelam kabut pada pagi sebelum exam tu .

JAGA HUBUNGAN DENGAN IBUBAPA & GURU

- Tiada doa yang lebih mujarab selain doa dari ibubapa sendiri . Buat masa nih , korang kena jaga segala tutur kata dan perilaku korang so takde lah menguris hati parents sendiri.Sentiasa minta keberkatan mereka dan doa mereka untuk kejayaan korang.Guru pun jangan dilupakan ye , sehari sebelum exam tu pergilah minta restu guru-guru yang mengajar korang , minta dihalalkan segala ilmu yang dia berikan.Minta maaf kalau ada guriskan hati dia.InshaAllah Allah akan permudahkan segalanya untuk hambanya yang berusaha :)

Tips sebelum menghadapi peperiksaan - HERE !

Diharapkan tips di atas berguna untuk uols ye , yang penting jangan pernah putus berdoa dan berusaha untuk mencapai kejayaan . Kalau ada soalan , tweet me here - @UchunEsmail . Sekian , love ya'

 Thanks reading , xoxo :)