Friday, 24 May 2013

TO DO LIST : KE MATRIK UOLSS :)


Hai readers ! 

Sorry ,buat masa nih sibuk sangat nak update blog picisan nih , mana nak setelkan matrik stuff yang tak berkesudahan nih dan juga join Festival Belia Putrajaya 2013 sepanjang 23-26 Mei .. tapi Uchun rasa nak update jugak malam nih dengan sikit info buat bakal pelajar matriks sekalian yang sama macam Uchun !

Apa yang Uchun nak terangkan di sini berdasarkan komen-komen senior kat group matrik dan juga bacaan dari senior di blog memasing .. So kalau tersalah tu 10 jari kiut kite minta ampun okay ..Maaf sekali lagi sebab tiada gambar disediakan kali ini . sebab dah kemas barang-barang tu semua dalam beg & tak koser aku nak geledah balik.. Penat tau :p

Yang pertama adalah basic untuk katil anda..Yer,tempat beradu anda setelah puas belajar dari pukul 8-4 petang..Bagi Uchun , katil adalah penting , boleh ke korang tidur dengan ala kadar je katil tu..  Penting untuk memiliki :

-Cadar  (bawa lebih kalau nak basuh tu ada gantinya )

-Selimut 
-Sarung bantal  (2 set) kalau korang bawa bantal dari rumah.. bila peluk dan bau bantal tu boleh la hilang homesick !

Study table amat penting okay . berdasarkan pemerhatian *cewah* boleh tahan besar jugak lah meja belajar nih.. hehe itulah tempat verangan , study , buat assignment , makan .. see ? banyak oo aktiviti boleh buat disitu .. so pastikan meja anda kemas dan cantik.. bersemangat sikit bila nak belajar tu ..

-Rak buku kecil 
-Fail untuk simpan dokumen penting
-Kotak pensil lengkap dengan segala maknenek barangan ( Gunting ,gam,klip kertas,puncher, pembaris ,highlighter,stapler,ring ) 
-Bekas pencil ( untuk kegunaan dalam bilik ) atleast tak la buang masa geledah pencil box
-Tong sampah perlu jugak berada di sisi meja belajar.. senang nak tauk sampah kan?

Yang penting sekali tika bergelar pelajar ialah cork board or soft board ? whatever..sebab disitulah korang akan lekat segala jadual kuliah , exam , to do list ..memandangkan Uchun nih nyanyuk sikit , so dengan benda nih kuranglah sikit bebanan otak den nak belajor sains nanti lagipun Uchun suka gila doe bab-bab DIY nih .. sila baca entri lelepas nak tau kegilaan yang paling gila uchun suka :p

-Kertas pembalut hadiah (balut softboard nanti )
-Pin untuk cucuk kertas di softboard (mende tah lupa nama)
-Sticky notes berona meriah sangat perlu
-Apa je yang rase perlu untuk mencantikkan board tu dari nampak HAMBAR !

Laundry bab penting uolss.. boleh pilih nak basuh tangan ke mesin ? dunia dah moden boleh pakai mesinbasuh tapi spare duit ye.. pakai tangan untung boleh exercise di samping tak merosakan baju uolss yang mahal tu.. Untuk laundry uchun sediakan :

-Baldi sederhana besar .. gedabak size buat berat je
-Berus 
-Detergent  (nak senang beli yang jenis cecair tapi Uchun terbeli yang serbuk..Opss )
-Hanger & penyepit baju 
-Bakul isi baju kering (Uchun beli yang jenis kain kat Mr.DIY )

Punyalah rancak kalut setel yang lain , baju uols jangan lupa ye .. hehe untuk lelaki uols kena pakai kemeja masa kuliah , amali , tutoran n' so on .. aktiviti lasak boleh lah pakai tracksuit dengan t-shirt kolej !

-Seluar slack berona gelap (hitam , koko , biru TUAA)
-Kemeja lengan panjang (7 helai cukup untuk 7 hari )
-Tie (nampak macho bila pakai ) HAHAHA k
-Kasut kulit berona gelap (seeloknya hitam uols)
-Tali pinggang rona gelap ( Hitam)

Untuk para wanita  pulak , uols nampak cantik bila pergi kuliah dengan tatarias yang simple tapi ingat berpurdah dan berniqab tak boleh rasanya sebab dalam peraturan tu ada sebut . sila baca ye!

- Baju kurung ( peplum bole tak ? aku TURN ON orang pakai peplum nih :O )
-Shawl , bawal ( boleh je pakai fesyen apa asalkan jangan over ya )
-Kasut bertutup berona hitam , bertumit yang kurang 1 inci okay !
-Brooch rerama , kumbang or apa-apa je 
-Stokin (kan manis kalau berstokin? )

P/s - Bersambung esok , masih banyak tapi mata Uchun tak mengizinkan .. To be continue esok yeee ! 

Thanks reading :) xoxo

Wednesday, 22 May 2013

Alkisah makcik karipap kat KMPk pulak :O

Assalamualaikum , selamat petang readers ! Yowww rindu uolss :p

Sebelum kita gegosip pasal makcik karipap si attention seekers tu , meh sini Uchun nak promote Festival Belia 2013 yang akan diadakan di Putrajaya mulai esok , 23-26 Mei 2013 ..Uchun & Iwan dah pun berada di sini . weolss semangat youu.. sikap nie lah yang perlu ada pada setiap belia-belia..Over-excited :p


Back to , Makcik karipap story ..tadi Uchun sesaje blogwalking cari info pasal KMPk , then I discover this !



Aishh , matrik perak oso got macik karipap okay ..Modus-operandi dia jual karipap dengan mengetuk tingkap bilik hostel.. hehe bayangkan dia ketuk tingkap bilik yang terletak di aras 3 .. Hehe bersayapkah macik karipap itu , or ada suit sehebat ironman ? exceli memula pun Uchun pun tak tau frasa macik karipap nih ditujukan khas untuk entiti halus itu..Boleh plak kata syok , as I ingat , bolehlah cover perut yang lapar memalam dengan makan karipap yang macik tu jual .. Haha ..Maafkan saya ye.. baru je kenal erti macik karipap tu apa :P

P/s- Dear macik karipap KMPk , jangan ganggu Uchun tau.. kami nih nak study malam-malam nanti.. sila baca kat tingkap , SALESWOMAN NOT ALLOWED HERE ! TQ 

 Thanks reading :) xoxo 

Saturday, 11 May 2013

Kawan baik atau bercinta ?


Hi readers :)

Berkawan baik atau bercinta , mana satu pilihan kamu ? Kalau di luahkan kepadanya takut-takut dia lari tinggalkan kita, kalau di pendam pulak takut di akan terlepas di tangan orang...Hmm susah kan ?Aigoo peningnya! Semua pernah tak mengalami situasi macam ni ??  apa yang korang buat ? kalau ada yang berani luahkan macam mana caranya korang luahkan perasaan korang ? cer share kat ruangan komen ya :)

Tapi tapi bila difikir balik , berkawan lebih seronok daripada  bercinta sebab kalau berkawan kita sakiti hati nya pun tak dia tak marah dan still okay namun sebaliknya kalau bercinta pula buat salah sikit pun akibatnya merajuk panjanglah ataupun silap-silap tak putus hubungan , Ouch.. Bagi sesetengah orang yang perwatakan "tak serius" pula , sudah semestinya dorang susah bila nak luahan perasaan cinta itu , tak pasal dicop  sedang bergurau ? .. Whehee lagipun pasti hubungan persahabatan tuh akan terasa janggal sebab bukan  semua boleh terima apa yang kita rasa...memang teramat sukar untuk menukar hubungan dari persahabatan menjadi kekasih :')

BESTFRIENDS ya' bukan LOVERS ^^


Jikalau anda rasakan meluahkan ialah jalan terbaik . Go on lah sebab kalau dipendam pun , lama-lama akan terbongkar jugak.. sebab cara kita melayani dia seolah kita ni _____ dia :p . Apapun setiap usaha ada ganjarannya dan just lupakan pepatah  "Tidak ada istilah kawan baik antara lelaki dengan perempuan..." sebab 100% ianya salah sama sekali :D

Tips dari Uchun :) selamilah perasaan sedalamnya , yakini hati adakah cinta yang wujud  atau sekadar perasaan suka sebab kalau tersilap langkah memang parah  dan mungkin akan  merosakkan hubungan persahabatan yang sekian lama terjalin.. Berdoa untuk diberi petunjuk (cehh) sebab kita hanya merancang , Allah yang menentukan..

" Bagai menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak "

Thanks reading :) xoxo

Friday, 3 May 2013

TIPS | Hilangkan rasa mengantuk semasa belajar :D

Heyyo superman , wonderwomen sekalian :*

Moment bergelar pelajar sekolah memang takdapat dilupakan , lagi lagi bila kita nih seorang yang jenis socialize , sampai semua orang kenal ..It's weird bila orang mengenali kita , tapi kita tak kenal tu pun :p
 (ini sindrom retis kot ) Teehee

Di sebalik dunia socialize bak diva tuh  , EH ? terselit lah kisah kantoi dalam kelas ..Di luar kelas dan dalam kelas ada perwatakan berbeza tau .. Its different bebeh ! Diluar kemain enjoy , happy go lucky , tapi dalam kelas mandom, sepi , "krik-krik" jew ! Semua pernah alami kan ? Tipu kalau takpenah .. kau manusia ke alien ?

Pasti ramai yang kantoi dalam kelas sebab tidur ye dak ? kalau tak tertidur mungkin tersungkur atas meja dengan penuh drama ? Haha Uchun tak penah lah sampai tertidur kalau mengantuk tu adalah :') *budak baik katakan*

Gegala tertidur atau mengantuk dalam kelas tak lain tak bukan sebab berjegil tengah malam lews.. Yang perempuan sebab berdrama air mata dengan drama koreanya , lelaki lak tak habes-habes dengan dunia gamenya .. dan tak lupa juga si minachi yang ON tweet sampai ke malam buta .. Rela tidur lambat demi nak stalk crush yang tak penah pandang kau tu .. Whoops :p

Penyelesaian ?

Begitulah teramat mudah sekali , just rearrange your schedule babes ! Hadkan masa ONLINE dan TIDUR :) Just like me yang akan rearrage schedule dia minggu depan , sebab dah nak masuk Matrikulasi . Students matrikulasi kena tidur awal dan aku pula terbiasa tidur jam 4 pagi setiap hari ? haha normal sangat ..

Seterusnya , semasa di sekolah , belilah benda yang boleh buat otot anda gerak-gerak selalu especially masa pembelajaran BIO & PHYSIC ! Just beli jajans yang kecik dan boleh disorok dalam poket . yelah nanti kantoi makan nak cer apa dengan cikgu nanti ? As simple chocolates , kismis , any kerepeks yang jual kat koperasi or kantin dan sepelik-pelik pocket-sized sauce ? alah sos paket kfc tuu . One of my friends dalam kelas 5Sc1 dulu bawak sos semasa masuk belajar bio , leka kemain hisap sos tu , terliur aku tau --' ..lepastu kantoi dengan cikgu suhaimi .. Haha

Wangian jugak mampu memcelikkan mata yang dah mengantuk tuh .. Aromatherapi katanyaa ? Cuba lah applykan minyak Yuyee cap limau ke kat tapak tangan , pasti celik punya .. Uchun dulu guna minyak cap kapak tenyeh kat hidung .. Feeling heaven gila beb :) Tak mengantuk dan PNP pun berjalan dengan lancarnya .. hihi make sure jangan sapu over-over ya.. satu kelas bau NAYA je nanti :p

P/s-  Simple gila-gila tips by Uchun Esmail .... Take it or leave it .. Teeheee

Thanks reading :) xoxo