Friday, 13 September 2013

TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN :)

Hello ppl :)

Tarikh mulanya PMR dan SPM dah makin dekat .. Mesti adek-adek yang bakal menduduki PMR dan SPM nih dah mula rasa bahang stress , kecut perut , takut etc kan ? PMR dan SPM penting okay sbg satu petanda aras buat kita untuk tahu sejauh mana usaha keras kita untuk berjaya di masa hadapan . So jangan la pandang remeh ye adik-adik , buruk padahnya nanti :p

Tak dinafikan semakin hampir detik nak periksa semakin banyak probs menimpa . Yelah , I pun dah pernah experience uols , so harini nak sharing tips yang korang lakukan semasa peperiksaan dah makin dekat ni yerk :)

KAWAL EMOSI 
Yeah , masa ni lah korang kena jaga emosi korang dengan baik ..Emosi memainkan peranan penting dalam hidup seorang student yang bakal menduduki peperiksaan . Contohnya , korang kenalah handle stress dengan betul dan jangan cepat give up . Benda kecil pun boleh lead to stress yang besar tau so korang kenalah sentiasa positif , Uols boleh rujuk my previous entri untuk laporan lebih lanjut - klik sini

JAGA PERASAAN 
Jaga perasaan korang dan orang lain . Itu sangat penting , terutamanya ibu bapa dan guru.. So kalau ada buat silap dan salah kat dorang , cecepat minta maaf .. Keberkatan nak ambil exam tu pun datang dari dorang jugak tau .. untuk korang jugak , jangan bebankan fikiran korang dengan hal yang tak penting buat masa tu . contohnya cinta ?? Yeps , tak payah nak stress sebab break ke hape .. abaikan dulu , lepas exam pikir la balik :p haha

DOA DOA DOA ! 
Semua yang kita buat perlulah mendapat keredhaanNYA ! Jadi , jangan pernah putus berdoa supaya diberikan kejayaan yang cemerlang ya :) Its WORK


P/s - I'll share : tips semasa menghadapi peperiksaan pulak ..Nantikan !

THANKS READING , xoxo

Sunday, 4 August 2013

RESEPI CORNFLAKES MADU PALING MUDAH & SENANG !

Hai gaiz

Raya dah dekat ,dah banyak persiapan raya uols dah bereskan ? 

Minggu terakhir nih make sure semua persiapan dah siap tau , or pagi raya nanti menangis syahdu je korang baju raya takde , kuih raya takde ! hihi BTW tak salah kalau nak buat last minutes preparation ,selalunya malam raya tu ada sales habeskan stok kuih raya ,sales baju raya kat bazaar ataupun uptown ,so pepandai manage sendiri untuk dapat harga rendah ..

Tapi bukan tu benda yang Uchun nak bebel harini ! Harini iols nak kongsi resepi kuih raya hokayy :D  


Bahan : 

1 kotak Nestle Cornflake *tak kisah jenama apapun *
4 camca Madu 
3 sudu Gula
100g Butter
1 paket ceri hiasan 
1 paket badam 
Papercups

Cara :

1. Panaskan butter, madu dan gula di dalam periuk sehingga cair .
2. Masukan cornflakes dan gaul sehingga sebati .Kemudian campurkan badam yang dikisar halus ..Ini untuk     menambah tekstur lebih umphhh :D
3. Masukan cornflakes tu ke dalam papercup dengan comel.. kemudian letakkan ceri hiasan sebagai hiasan..
4. Bakar di dalam oven selama 10 min.


P/s - Nak lagi sedap , tambahkan kismis or even hirisan kurma :) 

Thanks reading , Hit follow button please !

Friday, 3 May 2013

TIPS | Hilangkan rasa mengantuk semasa belajar :D

Heyyo superman , wonderwomen sekalian :*

Moment bergelar pelajar sekolah memang takdapat dilupakan , lagi lagi bila kita nih seorang yang jenis socialize , sampai semua orang kenal ..It's weird bila orang mengenali kita , tapi kita tak kenal tu pun :p
 (ini sindrom retis kot ) Teehee

Di sebalik dunia socialize bak diva tuh  , EH ? terselit lah kisah kantoi dalam kelas ..Di luar kelas dan dalam kelas ada perwatakan berbeza tau .. Its different bebeh ! Diluar kemain enjoy , happy go lucky , tapi dalam kelas mandom, sepi , "krik-krik" jew ! Semua pernah alami kan ? Tipu kalau takpenah .. kau manusia ke alien ?

Pasti ramai yang kantoi dalam kelas sebab tidur ye dak ? kalau tak tertidur mungkin tersungkur atas meja dengan penuh drama ? Haha Uchun tak penah lah sampai tertidur kalau mengantuk tu adalah :') *budak baik katakan*

Gegala tertidur atau mengantuk dalam kelas tak lain tak bukan sebab berjegil tengah malam lews.. Yang perempuan sebab berdrama air mata dengan drama koreanya , lelaki lak tak habes-habes dengan dunia gamenya .. dan tak lupa juga si minachi yang ON tweet sampai ke malam buta .. Rela tidur lambat demi nak stalk crush yang tak penah pandang kau tu .. Whoops :p

Penyelesaian ?

Begitulah teramat mudah sekali , just rearrange your schedule babes ! Hadkan masa ONLINE dan TIDUR :) Just like me yang akan rearrage schedule dia minggu depan , sebab dah nak masuk Matrikulasi . Students matrikulasi kena tidur awal dan aku pula terbiasa tidur jam 4 pagi setiap hari ? haha normal sangat ..

Seterusnya , semasa di sekolah , belilah benda yang boleh buat otot anda gerak-gerak selalu especially masa pembelajaran BIO & PHYSIC ! Just beli jajans yang kecik dan boleh disorok dalam poket . yelah nanti kantoi makan nak cer apa dengan cikgu nanti ? As simple chocolates , kismis , any kerepeks yang jual kat koperasi or kantin dan sepelik-pelik pocket-sized sauce ? alah sos paket kfc tuu . One of my friends dalam kelas 5Sc1 dulu bawak sos semasa masuk belajar bio , leka kemain hisap sos tu , terliur aku tau --' ..lepastu kantoi dengan cikgu suhaimi .. Haha

Wangian jugak mampu memcelikkan mata yang dah mengantuk tuh .. Aromatherapi katanyaa ? Cuba lah applykan minyak Yuyee cap limau ke kat tapak tangan , pasti celik punya .. Uchun dulu guna minyak cap kapak tenyeh kat hidung .. Feeling heaven gila beb :) Tak mengantuk dan PNP pun berjalan dengan lancarnya .. hihi make sure jangan sapu over-over ya.. satu kelas bau NAYA je nanti :p

P/s-  Simple gila-gila tips by Uchun Esmail .... Take it or leave it .. Teeheee

Thanks reading :) xoxo

Monday, 22 April 2013

Anak bapak !

Hi readers !

 " A father is neither an anchor to hold us back , nor a sail to take us there . But a guiding light whose love shows us the way "

Sejak lahir hinggalah dah besar panjang mesti korang hanya terbayangkan penat lelah si ibu membesarkan korang kan ? Sebab pengorbanan seorang ibu amatlah besar dari mengandungkan selama 9 bulan , mengalami pelbagai jenis alahan semasa mengandung , selepas korang dilahirkan pulak segala tumpuan ibu diberikan kepada anaknya untuk memastikan si anak kesayangan mendapat penjagaan yang baik serta sempurna . Namun disebalik kisah pengorbanan ibu kamu tuh , tercoret juga pengorbanan si bapa yang kamu kurang ambil kisah .. 

Sebenarnya , pengorbanan antara si ibu dan bapa adalah seimbang jika korang fikir sedalam-dalamnya..  Hadirnya si anak sebagai pembawa rezeki hanya wujud setelah si ibu dan bapa disatukan dalam satu ikatan yang halal ( kalau secara tak halal tuh i no comment kay :p ). Jikalau tak disatukan maka takdelah wujud si pembaca nih ! kan ? :3  Ditambah pula , apabila si ibu mengalami alahan semasa mengandung , si bapa jugaklah yang melayan karenah tuh.. dengan pelbagai permintaan pelik-pelik si ibu yang bakal melahirkan korang ! 



Apabila sudah sampai saat kelahiran kamu , bukan sahaja si ibu yang berjuang untuk melahirkan korang ke alam fana ini , si bapa jugak gelisah menunggu berita kelahiran kamu diluar sana.. Takkala korang kian membesar , sudah pasti keperluan kamu mesti dipenuhi oleh si bapa merangkap ketua rumah.Segala keringat yang dikeluarkan  hanya untuk menjadikan kamu insan yang sempurna kelak. My mummy pernah cakap , Uchun dulu minum susu kuat sampai ayah Uchun kena cari kerja part-time :p (sejarah dari kecik kuat makan! )

Semasa di alam persekolahan pulak , kalau hari ayah cuti ,dia selalu hantarkan dan belikan bekal untuk Uchun makan semasa rehat nanti.. Idk kenapa ayah berbuat demikian tapi mungkin disebabkan Uchun bergelar anak bongsu , memang patut dimanjakan kot .. maybe :p Kawan -kawan yang lain pun pandang semacam jek , eh jeles lettew ! tapi mujurlah Uchun tak terlalu bergantung dengan orang , kadangkala kita perlu diajar untuk berdikari agar tak menyusahkan orang . Ye dak ? *cehhh

Lain pulak cerita semasa di sekolah menengah , Uchun pasti mesti semua orang tak mahu dibayangi oleh parents masing-masing  di sekolah ..  Tak remajalahh kalau asyik berkepit dengan parents di sekolah ! Haha tapi tak sebenarnya , di hari tertentu contohnya Hari Anugerah Cemerlang ke , pendaftaran semula persekolahan ke , dan lagi lagi hari Konsultasi waris .. Masing-masing akan datang dengan parents atau terpaksa balik lambat sebab parents tak datang sign rekod pencapaian .. Huhu selalu nya dalam bab-bab persekolahan , ayah Uchun yang selalu handle.. Kalau ayah kerja , mummy yang akan takeover tugas nih ..

Si bapa diluar sana mesti mempunyai sikap dan tabiat sendiri , begitulah ayah Uchun .. Dia sangatlah peramah dan mesra dengan orang . Pelik juga kekadang orang yang dia sendiri tak kenal boleh diajak berbual macam 10 tahun kenal :3  Hebat kan ? Satu lagi , my ayah suka buat lawak dan sadisnya Uchun seorang yang serius dan tak suka lawak --' lagi lagi lawak ngokngek! My ayah boleh buat lawak sampai Uchun merajuk , menangis and even try nak lari dari rumah :p haha .. Ampunn 

Akhir kata , si bapa juga ada pengorbanan yang besar untuk seorang yang bergelar anaknya . Kita harus sedari hakikat ini dan perlulah terima segala kekurangannya dengan redhoo serta mendoakan untuk kebaikannya . Tanpa dia siapalah kita di dunia yang penuh pancaroba ini :') 
                   
"Selamat Hari Bapa kepada seluruh bapa di dunia ini , terutamanya Encik Ismail Bin Othman " 



Saturday, 9 February 2013

Makan-makan at William Corner , Kelana Jaya



Buat orang yang belum tahu , William Corner nih ialah warung ala mamak , tapi warung nih juga menyediakan Western Food disamping menu mamak nya .

Yang istimewanya di sini , makanan di sini 'big plate ' dalam kata lain pinggan nya besar.. Ahh susahnya nak terangkan .. Emm , macam ni lah .. Makanan di sana dihidangkan dalam pinggan besar / big portion yang boleh dimakan oleh 3-4 orang .. Harga pun berpatutan .

Memandangkan shopping ber jam -jam di Ikea Damansara , dan tak juga singgah makan  swedish meatball yang femes tuh sebab " orang ya ampun ramai "  , so kami decide nak makan di William Corner :)

 Nah sedikit bingkisan gambar :)




Menu pilihan kami :)

Seafood carbonara 
Nasi Goreng Sotong - Petai 
Premium -  mashed potato , pepperoni , salami , hotdog, steak dan mint 
Laici Ribena
Longan suam 
Mango Juice or smoothies maybe ? 



Mee Raja :) 
dihidangkan bersama beef steak. ada jugak option seafood ye!



 Creamy Seafood Carbonara 
Banjir dengan clam , sotong dan lain-lain
Sangat recommended ! PALING SEDAPP

This is our favourite  bila makan dekat sana 



Tengok , 'big plate'  sangat ! 

Nasi goreng Sotong - Petai 
Ada sotong goreng tepung disamping nasi goreng yang digelimpangi petai yang mabeles 

Kalau tak habis makan , jangan risau . Boleh tapau / bungkus lah :)
suruh si mamat yang terer ingat semua menu warung tu bungkuskan 

Like seriously , yang ambil order tu mampu ingat order pelanggan yang banyak songgeh tanpa menulis weh !
walaupun menu dia beratus-ratus !  tabik springg ahhh

BUT SPARE LA $150-200 ONCE MAKAN DEKAT SINI. 
MMG DAPPPP ERGH



For information , refer link nih - Facebook William Corner :)