Monday 17 March 2014

MDS UiTM LENDU !

Hai semua J

I’m back ! Rasa dah almost  3 bulan tak menaip entri . Too busy plus no internet connection dekat kolej . Yelah , nak subcribe wifi masih belum mampu dong .

Well , I’m here nak cerita sikit pasal perjalanan MDS masa awal-awal jejak kaki dekat UiTM Lendu . Tak salah cerita pengalaman lalu , memandangkan nanti ada jugak adik-adik lepas spm yang google pasal MDS . Dapat jugak dorang dapat info sebelum ke sana nanti J

Sumpah Uchun berani cakap , MDS sangat menyeksakan . Gosh , even sekarang nak ingat balik pengalaman semasa MDS tu pun perit .  Tapi kalau difikirkan balik , MDS lah yang banyak mengajar hal ehwal universiti tu nanti . Ada baiknya walaupun buruknya terlalu banyak ! Hahaha

Sepanjang seminggu MDS tu berlangsung , seawal 4-5 pagi dah kena bangun . Dinasihatkan bangun lebih awal , supaya taklah jadi kejadian berebut bilik air . I HATE IT ! Korang akan mandi ala kadar je dalam seminggu MDS berlangsung . Dalam 5.30 pagi korang dah kena berkumpul dekat bawah untuk bergerak ke masjid , solat Subuh berjemaah . Sudah pasti  ada yang tersengguk-sengguk masa solat subuh nanti .

Habis je solat Subuh , akan ada kuliah Subuh sebentar . Then ramai-ramai akan bergerak ke DTS ( Dewan Taming Sari ) , bapak jauh dari Masjid . Dengan jalan berliku berbukit berbatu . Jadi , dinasihatkan pakai kasut yang selesa dan ringan . No heels plis ! Girls mostly akan pakai sport shoes sebab banyak kes mintak plaster sebab melecet .  Then sarapan pagi ! Curlas chuols , sarapan nasi goreng over-masin dengan telur rebus tak kupas . Kemain suruh makan dengan cepat , suruh telan kulit-kulit sekali mungkin  . LOL

Lepas breakfast , majlis pun bermula . Taklimat demi taklimat sampai lah tengahari . Sepanjang MDS berlangsung , korang akan makan free . So tak perlu susah-susah fikir pasal duit . Lagipun mana ada kafe yang bukak . Kalau lapar memalam tu bawalah roti ke biskut untuk alas perut . Tapi makanan MDS ni kejap ada yang sedap kejap ada yang nan hado . Makanan yang sedap selalunya semasa lunch . Time ni lah korang kena beratur depan-depan sekali . HAHAHA

MDS akan berakhir selepas solat Isyak dan kuliah . Lepastu dengan muka letih bolehla balik ke kolej . TAPI jangan fikir boleh terus tidur ! ROLLCALL akan diadakan di kolej kediaman memasing . Membebel je kerja dorang pasal rokok pasal orang bengong lembab bangun pagi sampai pukul 2 pagi .  Bayangkan esok pulak kena bangun pukul 4 – 5 pagi nok ! Tidur dalam 2 – 3 jam je !

Begitulah seminggu tu akan berulang dan berulang ! Banyak bersabar , homesick memang menebal masa MDS ! Spare top-up banyak-banyak dan tisu J Sorry no pictures dalam entri ini . Thats all from me ! bye




7 comments: