Monday 28 October 2013

Tips | Pengurusan masa yang TERBAIK

Assalamualaikum guys ! 

Manusia sering merungut sebab masa . Ada yang merasakan 24 jam tu masih belum cukup untuk dirinya . Rutin harian yang banyak serta padat menyebabkan kadangkala seseorang tu kurang bergaul dan bersosial dengan orang lain . Haishh parah kan penangan masa nih  ?

Sebenarnya , aktiviti harian agak menjadi mudah sekiranya korang bijak mengatur serta menyusun jadual . Walaupun bunyi agak tipikal , namun itulah hakikatnya . Penggunaan jadual dapat merancang aktiviti harian korang. Hanya perlu senaraikan aktiviti yang kita hendak lakukan pada masa dan waktu tertentu dengan spesifik .So ia semestinya dapat merancang penggunaan masa korang dengan lebih efisien .

Hargai masa yang korang ada dengan mengelakkan daripada menangguh kerja . Lakukan kerja yang dirancang semasa kelapangan waktu . Lebih baik guna masa tersebut dengan kegiatan bermanfaat daripada habiskan masa tersebut dengan perkara sia-sia seperti facebooking . Ye dak ? HAHA *deep*

Satu lagi pengurusan masa yang baik ialah dengan mencuri masa . Haaa cemana tu ? Thats mean korang buat dua aktiviti dalam satu masa . Contohnya mak suruh pegi kedai beli bawang , sambil-sambil korang berlenggang ke kedai tu korang bolehlah baca nota Sejarah . Gitew pun boleh . Sangat digalakkan daripada korang terperuk dalam bilik kononnya nak baca nota sejarah , tapi last sekali korang jugak stress takpasal-pasal . Tamau-tamau gitu ! 

 Err , motip gambar bawang ? HAHA

Thanks reading ! Zzzz

No comments:

Post a Comment