Thursday 3 October 2013

TIPS SEMASA PEPERIKSAAN

Hallu viewers !

Dah lama tak update blog , lately busy busy busy ya amat .. Banyak sangat homework / assignment yang kena siapkan sampai nak mengadap blog pun tak sempat .. Tapi iols masih lagi ada masa nak meng-update twitter and insta sambil-sambil buat homework :p

Lagi satu , sorry sebab lambat nak post entri nih , exceli nak jugak tujukan tips nih buat adik-adik yang menduduki PMR tapi dah dua hari dorang exam barulah iols sempat nak post nok , so anggap jelah entri nih untuk calon PMR dan SPM .  BTW tulis entri asyik masuk draf je keje , sebab penat + kering idea punya pasal .

Okay , jum kita baca apa yang patut calon peperiksaan perlu bertindak semasa peperiksaan  :)

TIDUR AWAL 

- Tips yang paling senang dan confirm disukai ramai . Ramai yang sering habiskan masa pada malam sebelum peperiksaan dengan study last minit tanpa sedar yang dorang membuatkan badan dorang letih sebenarnya . Dah terlambat nak study time gini , tulah orang selalu pesan , buat persiapan awal-awal . Now korang hanya perlu tidur dan berdoa , zikir mengharapkan Allah akan permudahkan hari esok ..

TENAGA YANG CUKUP 

- FYI ada yang nervous nak exam sampai takda selera nak makan tapi korang tak sepatutnya biarkannya berlaku . Korang mesti tahu , nak pakai otak masa exam pun guna energy dik , so sebab tu lah sebelum exam korang kena makan / breakfast dulu . Makan pulak jangan lah dengan kuantiti yang banyak , karang mengantul dalam dewan peperiksaan pulok . Mencukupi sekadar roti , sepinggan nasi lemak ??

PERSIAPAN UNTUK EXAM 

- Simpton orang yang bakal exam mestilah pelupa , yelah punya banyak benda yang nak difikirkan . So make sure segala persiapan korang untuk exam esok dah disediakan awal-awal dan diletakkan siap-siap dalam beg , incase takut terlupa. Pastikan alat tulis dah lengkap , I/C , slip peperiksaan , baju dah iron . So taklah korang kelam kabut pada pagi sebelum exam tu .

JAGA HUBUNGAN DENGAN IBUBAPA & GURU

- Tiada doa yang lebih mujarab selain doa dari ibubapa sendiri . Buat masa nih , korang kena jaga segala tutur kata dan perilaku korang so takde lah menguris hati parents sendiri.Sentiasa minta keberkatan mereka dan doa mereka untuk kejayaan korang.Guru pun jangan dilupakan ye , sehari sebelum exam tu pergilah minta restu guru-guru yang mengajar korang , minta dihalalkan segala ilmu yang dia berikan.Minta maaf kalau ada guriskan hati dia.InshaAllah Allah akan permudahkan segalanya untuk hambanya yang berusaha :)

Tips sebelum menghadapi peperiksaan - HERE !

Diharapkan tips di atas berguna untuk uols ye , yang penting jangan pernah putus berdoa dan berusaha untuk mencapai kejayaan . Kalau ada soalan , tweet me here - @UchunEsmail . Sekian , love ya'

 Thanks reading , xoxo :)

No comments:

Post a Comment