Monday 28 October 2013

Kelebihan 'stim' wajah

Hallu , segmen kecantikkan kembali lagi :) HAHAHA

Stim muka ataupun pengewapan wajah merupakan sebahagian daripada rutin penjagaan wajah yang sangat mudah untuk dilalukan di rumah . So tak perlu lah mengeluarkan duit lebih untuk tampak kulit sihat dan berseri . Ye dak ?


Pic : Google 

BAHAN : Semangkuk air panas & tuala kecil

LANGKAH : 

1. Wapkan muka anda dengan semangkuk air panas tersebut . Letakkan tuala di keliling wajah untuk menghalang wap panas daripada bebas ke udara . Wapkan selama 2-3 minit .

2. Sapukan mask di wajah dan tunggu sehingga kering kemudian bilas menggunakan air sejuk . Bilasan menggunakan air sejuk untuk menutup riang pori yang terbuka semasa proses pengewapan wajah tadi .

3 . Pakai toner atau serum di akhir proses :)


Kebaikan stim / pengewapan wajah 
- membantu membuka liang pori untuk membersihkan wajah sehingga ke dalam pori
- membantu mematangkan jerawat dan mampu mengeluarkan kotoran yang terperangkap di dalam pori

P/s - Hasil penggunaan facial steamer yang dijual di pasaran mungkin berbeza . Hiks

Thanks reading :) x

1 comment:

  1. jemput join giveaway

    http://akusentuhatimu.blogspot.com/2013/10/first-giveaway-by-akusentuhatimu.html

    ReplyDelete